Powered by Blogger.
RSS
Container Icon

ELLOOOOOOOOOOO...

HI.. FRIENDS..
SAYA SHA.. JOM TENGOK APA YANG ADA KAT SHAS VARIETY NIH! .. KLIK KAT MANA-MANA LABEL UNTUK MELIHAT CONTOH-CONTOH KEK DAN PENGACARA MAJLIS OK... HARAP U ALL BAGI SOKONGAN... SEND MESSAGE KAT INBOX SAYA DI FACEBOOK SHA KHALID.. OK.. ENJOY IT..

TIPS- TIPS MASAKAN.

Petua Untuk Bahan Masakan

BIL
PERKARA
TIPS
1.
Cara membuat kerisik
1. Gorengkan kelapa yang diparut halus dengan api perlahan sehingga kuning tua.
2. Tumbukkan dengan lesung batu yang kering sehingga berminyak.


2.
Santan kelapa

1. Setiap kelapa yang hendak diambil santannya buangkan kulit ari sebelum diparut. Pati santannya dibuang dengan cara memerah santan dengan kain jarang.
2. Kemancar santan ialah santan kelapa yang diperah setelah diambil patinya.
3. Kelapa seelok-eloknya diperah sebanyak 3 kali.


3.
Cara menggoreng bawang mayang
1. Bawang yang dihiris itu digaulkan dengan sedikit garam halus.
2. Panaskan munyak didalam kuali. Goreng kan bawang dengan selalu dikacau hingga kuning. Angkat. Letakkan diatas kertas yang menyerap minyak. Simpan kedalam botol. Gunakan bila perlu.


4.
Cili kering

1. Pilih cili yang keriting.
2. Sekiranya anda tidak sukakan masakan yang terlalu pedas buangkan biji cili sebelum dimasak.
3. Rendam cili kering dengan air panas selama 10 minit sebelum cili ditumbuk atau digiling.

5.
Cili yang digoreng hingga wangi

Cili hendaklah digoreng dengan api perlahan manakala wangi masukkan 2 sudu minyak. Angkat
6.
Asam jawa
Pilihlah asam jawa jenis kehitaman
7.
Cengkih
Jika ingin mengurangi bau cengkih, buangkan kepalanya
8.
Halia

pilihlah yang kecil-kecil berserat. Yang besar kurang pedas rasanya
9.
Ketumbar/jintan

Bersihkan dulu sebelum digunakan. Cuci dan keringkan disinar matahari sampai kering betul. Simpan didalam botol tertutup dan letakkan ditempat yang kering
10.
Panduan am.
1. Semasa memasak gulai -.


sekiranya rempah-rempahan yang dimasak itu kering dengan cepat anda hendaklah menambahkan air lagi, tambahkan air panas
11.
Untuk mengetahui madu asli
Bila dititiskan pada kertas akhbar, tidak melebar. Dikocak tidak berbuih.
Tidak disukai semut. Dan menyala bila dibakar
12.
2. Semasa memasak daging

perapkan daging dengan 1 sudu makan tairu selama 20-30 minit.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment